My EzyTopUp

Rabu, 12 Disember 2012

Mutiara Kata .... Madah CiNta...

     

 sumber pic: google

Mutiara Kata Cinta Yang telah disampaikan oleh DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj 

Jom la kita layan peraasan C.I.N.T.A  yang ada dalam setiap hati yang hidup dimuka bumi Allah S.W.T ini...Antara Mutiara Kata yang boleh kita gunapakai :-

1. Cinta adalah indah dan suci pada mereka yang memiliki hati yang indah lagi suci.

2. Yakinlah bahawa orang yang mencintai anda kerana sesuatu akan meninggalkan anda setelah dia mendapat sesuatu.

3. Semua yang ada pada seseorang memang perfect pada mata kita sehinggalah kita benar-benar tinggal sebumbung dengannya.

4. Andainya seseorang itu jujur ingin mendampingi anda, anda tidak harus menutup pintu hati untuknya. Menutup hati terus akan hanya merosakkan perasaan sendiri sebab manusia memang perlukan kasih sayang untuk memenuhi kehendak nuraninya

5. Bercouple selagi tidak melakukan perkara-perkara yang salah mengikut syariat Islam bukanlah masalah.   

6. Kita memerlukan pasangan untuk menyempurnakan putaran hidup kita. Melalui cintalah keserasian boleh diwujudkan, moga-moga kekal hingga ke sudah.

7. Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. 
  
8. Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita, hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk bernikah.

9. Jangan terjemahkan perasaan cinta itu melalui perhubungan yang salah kerana ia akan mendatangkan fitnah iaitu merosakkan hati, menjauhkan diri dari agama, membangkitkan nafsu dan mendorong kepada zina.

10. Perkahwinan yang bahagia dapat dibina setelah melalui keserasian manakala keserasian itu pula dapat dibentuk melalui percintaan yang serasi.

11. Cintailah dia kerana ALLAH, tindakan anda tidak akan menjadi salah.

12. Cinta perlu dilalui dengan penuh kebijaksanaan.

13. Mereka yang diulit cinta akan merasakan usianya seperti tidak pernah berganjak pergi, dengan itu dia akan terus bertenaga dan ceria menjalani hidup, biarpun kadang-kadang ditampan derita. 

p/s : bile dalam hati ada taman segalanya jadi indah walaupon dalam taman tue dikelilingi dengan duri-duri yang tajam dan berbisa...

Tiada ulasan:

Ok Tak Blog Ini??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...