Roti Sosej @ Sosej Blossom Bun
Sumber : CMG Dapur Tanpa Sempadan
Bahan - Bahan :
sosej ayam ikut keperluan (direbus dan ditoskan)
mix vege
sos cili
mayonis
(bahan A)
250g Tepung Roti
150ml Susu Segar
1sd teh bread improver
1sd teh bread softener
2sd besar marjerin
2sd besar gula halus@ gula kastor
sedikit garam
(bahan B)
6g yis
50ml air suam
Cara-caranya :
1. bancuh bahan B sementara tunggu yis naik membuih satukan kesemua bahan A dan di uli sebati..
2. selepas itu masukkan bahan B ke dalam bekas yang berisi bahan A tadi dan uli sehingga sebati dan kenyal dan boleh membentuk doh
3. perap doh selama 30minit didalm bekas yang telah ditutupi plastik
4.keluarkan doh dan tumbuk doh untuk keluarkan angin dan udara yang ada didalam doh dan bahagikan doh kepada beberapa bahagian lebih kurang 50g setiap bahagian dan gelek doh sehingga boleh menutupi sosej td.potong roti td kepada 8bahagian tp jangan sampai terputus buat sehingga siap kesemuanya.
5.biarkan roti yang sudah siap dibuat bunga lebihkurang 30minit sehingga roti kembang semula.
6.taburkan miz vege, sos cili dan mayonis ikut kesukaan kita..
7. bakar selama 20-25minit pada suhu 190celcius
8. sedia untuk dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan
*roti sosej ni akan tetap lembut dan sedap sehingga keesokan harinya so tak rugi kita mencubanya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan