My EzyTopUp

Jumaat, 21 September 2012

Resepi pilihan : Agar-agar pelangi..

hari ni nak bg resepi Agar-Agar Pelangi yang berjaya dihasilkan...jom tengak dan try resepi ni plak...

AGAR-AGAR PELANGI
Resepi asal : rozzan.blogspot.com

Bahan A
20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml air
6-8 helai daun pandan


Bahan B
20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)- saya gunakan 1 liter santan KARA + 725 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..1 sudu teh garam


Bahan C
Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci)
Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda


Cara-Cara:
1.      Masak Bahan A sehingga mendidih.
2.      Masak pula Bahan B sehingga mendidih.
3.      Tuang ke dalam loyang sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B).
4.      Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A).
5.      Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setitis dua pewarna pilihan anda.
6.      Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia sentiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
7.      Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.

Tiada ulasan:

Ok Tak Blog Ini??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...