My EzyTopUp

Rabu, 18 Januari 2012

Hari ini dalam Sejarah..

first entry untok tahun 2012 ni..Hari InI DALam Sejarah..
Bertarikh : 17 Januari 2012
Bertempat : Dewan Seri Negeri Melaka
Tajuk : Seminar 750 TaHUn MELAKA MeREnTAS ZAmAN

merupakan seminar yang pertama aku berjaya hadiri untuk permulaan tahun 2012..satu permulaan yang baik untuk diri aku kerana awal2 tahun lagi dah gie seminar@kursus. Tahniah untuk diri aku sendiri...
inilah dia pic yang sempat aku snap waktu sebelum seminar

Aku sendiri tak menyangka yang aku berjaya mendengar ceramah @ pembentangan kertas kerja mengenai sejarah ni..walaupon pada dasarnya nilah subjek yang paling aku tak minat masa zaman sekolah dulu..apakan daya dah semangat tok mengetahui tentang sejarah Melaka yakni Negeri tanah tumpah Darahku..akhirnya aku berjaya juga menghabiskan sesi seminar 750 tahun melaka merentas zaman.

Kalo nak tahu rupa2nya melaka telah wujud dari tahun 1262 dan pada tahun 2012 ni genapla Melaka 750 kewujudannya..dan sepertimana yang tertulis dalam buku2 teks yang kita baca iaitu pada tahun 1400 masih lagi diguna pakai..untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai penubuhan dan kewujudan melaka 750 tahun yang lalu boleh la merujuk kepada IKSEP (Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia)

Secara keseluruhannya seminar yang aku pergi ini pengisiannya memang padat dan tak mencukupi masa yang  sepatutnya dan harap pihak penganjur boleh perbaiki lagi untuk masa yang akan datang.cara penyampaian plak ada masa ok dan ada kala bosan biasalahkan nama pon sejarah ...
keadaan lepas lunch

keadaan dewan yang kosong dan lengang di merata-rata selepas lunch..yang ada pon sebilangan dari pelajar2 sekolah dan ipt yang 'terpaksa' tunggu juga sebab datang dengan bas...dan akulah antara yang tinggal bersama2 kengkawan yang paksa rela mendengar pembentangan yang terakhir tue..antaranya..kak fida, kak nisah, cc noraini, kak mimah, kak rehan dan juga abg syam..maaf la gambar kengkawan tak sempat nak snap..

2 ulasan:

@lfidah @dim berkata...

akhirnya kita dpt menghabiskan ceramah smlm..

Nurafni Yunhendri berkata...

betul tue..tak sangka boleh habiskan sampai petang..ingatkan separuh jalan aje..

Ok Tak Blog Ini??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...