My EzyTopUp

Khamis, 4 April 2013

DOAKU...






pic: sumber dari google

Jumaat, 29 Mac 2013

Look Different...

salam jumaat buat semua rakyat Malaysia...
semoga hari ini mendapat rahmat dan keredhaan dari Yang Maha Pencipta diatas setiap pekerjaan yang kita lakukan...

so berbalik kepada tajuk diatas... just nak share.. because share is caring ... a few time ago aku ada order produk Fellina  (klik sini ok) so selepas 2 bulan penggunaan Fellina Inch Loss  + Fellina PMVC jom kita intai hasilnya..


nampak ada perbezaan ?? ni tak ada editor... original picture cuma tambah frame aje... thanks to Fellina ... skang nie aku ngah usaha utk turun kan lg berat aku ke berat ideal..so wait n see.. so, that's all 4 today...

p/s : kpd Mr. Perfect just wait n see my new appearance ...

Selasa, 26 Mac 2013

i'm back!!!!

yuhuuu...lama betol meninggalkan alam blogging nie..banyak betol kerjaan2 yang perlu dilakukan..rasa rindu pada blog semakin membuak2 tp tak kesempatan nak bukak...so akhirnya ku biarkan blog nie penuh dengan sesawangnya...hihihi...

hihihi...mulakan hari ini dengan madah cinta la plak macam orang yang sedang dilamun cinta la gayanya... tp CINTA itu sentiasa ada dihati...CINTA pada Allah..CINTA pada RASUL, CINTA pada ANAK2, CINTA pada KELUARGA dan CINTA pada SESEORANG...

sekian dulu untuk memanaskan entry tok hari nie...

p/s: dalam hati ada taman, dalam taman ada tasik, dalam tasik ada buaya...hahaha....BUAYA DARAT......hahahhaa... :-)



Khamis, 21 Februari 2013

KEBOSANANNNNNN.......


Salam dan Selamat pagi... tak tau nak post apa pepagi nih..mengantok n boring melanda jiwa.. ada terjumpa beberapa ayat semasa layan FB... so minta izin tuan punya ayat n pic tok publish kan kt dalam blog nie..kata2 yang boleh meruntun jiwa juga nie...ayat2 ni pon sebenarnya sekadar suka-suki aje tak ada kena mengena pon ngan sesiapa jua di dunia ini..sekadar ingin berkongsi rasa dan cerita di saat-saat kebosanan melanda jiwa... jom la layan pic berkenaan....





that's all 4 today...sampai ketemu lagi...moga hari ini lebih baik dari semalam...

Khamis, 14 Februari 2013

Motivasi Diri...

Memotivasikan diri menjadi topik utama aku pada hari ini...

Semoga Hari ini Lebih Baik Daripada Semalam...dalam apa jua keadaan dan ketika dalam melaksanakan tugasan seharian di pejabat mahupon rutin harian bersama keluarga diharapkan hari ini segalanya menjadi lebih baik dari semalam...





cukup setakat ini untuk santapan hari ini..sampai ketemu lagi di esok hari...

Rabu, 13 Februari 2013

Yang Terindah hanyalah Sementara


Cinta itu memang indah...Tapi Cinta itu juga menyakitkan..bersedialah untuk menerima dan memberi dalam CINTA...Yang Terindah Hanyalah Sementara....Saat hati kita disakiti dan dilukai CINTA...

Jumaat, 8 Februari 2013

Betullah kan????

Salam Jumaat...semoga Jumaat ini dipenuhi dengan keberkatan dan kesejahteraan..

Sebelum mulakan tugas pada hari nie jom kita sama-sama berdoa semoga hari kita dimulakan dengan keredhaan Ilahi dan dimurahkan rezeki kita...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Amin-
Bercinta dalam diam itu lebih indah nikmatnya daripada bersms setiap masa..bergayut sepanjang hari...keluar dating setiap hari...kerana rindu itu yang akan menguatkan lagi rasa cinta dihati...tanpa keberanian mimpi tak akan menjadi kenyataan begitulah juga dengan cinta diam-diam tanpa pengorbanan cinta itu mudah pergi tanpa sebab dan alasan...

Khamis, 7 Februari 2013

Pengalaman...

salam..
lama betol tak update entry kt cnie..ghindu sesangat la plak...bermula awal tahun 2013 terlalu banyak kerja yang perlu di siapkan..kerja-kerja tambahan pon banyak juga...

tak lupa juga kenangan terindah masa dapat join kantin TA Mak Ita (HRSB) a.k.a mak lang aku kat Petronas Penapisan Melaka, Sungai Udang start pada 13 jan 2013 hingga 31 jan 2013..so, pengalaman yang tak dapat dilupakan bile kena pakai nomex, safety boot, safety helmet dll lagi berkaitan keselamatan...
yang pakai baju merah tulah mak lang aku a.k.a Mak Ita
Sebelum mulakan kantin nie kitaorang para pekerja-pekerja dikehendaki mendengar ceramah dan kena amek exam berkaitan safety...dah lulus exam kami akan diberi visa...

so, inilah pas or visa tok masuk ke dalam PSR-1...setelah lulus exam yang diberikan...

sorry la x sempat nak snap pic masa pakai nomex sebab kekangan masa lagipon nak masuk dalam petronas tue tak bleh bawak handphone..so tak berkesempatan la nak snap pic bagai..

selama lebih kurang 19 hari aku wat partime mula jam 6.00ptg till 12.00pg.. memang sungguh2 keletihan dan kepenatan..tp demi rasa tanggungjawab dan nak kumpul duit aku paksakan juga...

jika sudah ketentuan Ilahi.... rezeki yang aku kumpulkan itu bukan untuk aku tapi khas untuk my beloved car...saat2 macam nie la pulak dia meragam rosak segala benda la...so...habislah duit yang aku simpan itu untuk menyelamatkan my beloved car...ohhh..aku pasrah dan redha..rezeki itu bukan untuk aku..tp untuk keretaku....

anyway hari-hari terakhir aku terisi juga...kenal someone...nasib baik sempat..sebab hari tue merupakan hari terakhir aku kerja...so...sempatlah berkenalan..huhuhuuu..sambil menyelam minum air la kan???sambil kerja sambil cuci mata..manalah nak tau kalo ada plak jodoh yang sangkut...kitakan hanya mampu merancang dan berusaha tapi Tuhan yang menentukan Segalanya.

Buat someone tue..thanks ya sebab sudi jd frenz ngan sy walaupon tau status sy.. then first date (01.02.2013) kita memang owesome la awak...dan second date (02.02.2013) kita wit my kids tak akan saya lupakan itulah kenangan terindah yang akan sy save dalam memory dan hari tue memang happy and enjoy...so, hopefully awak tak lupa kan sy selepas ini yelah kan awak dah dok jauh ada tanggungjawab pada kerja dll..

itulah antara kenangan dan memori sepanjang wat partime ngan Mak Ita ... Thanks Mak Ita...

Isnin, 7 Januari 2013

Terima Kasih Pada Yang Sudi...

Alhamdulillah... Akhirnya aku dah dapat jawapan kepada semua persoalan yang bermain-main dihati sejak kebelakangan nie..Terima Kasih Ya Allah kerana memberi aku petunjuk kepada semua persoalan yang bermain-main dihati dan juga difikiran ini..

walaupon sukar untuk aku membuat keputusan ini akan ku melaksanakannya..biar sesusah mana pun untuk aku hadapi ujian ini tetap akan aku gagahi juga..

Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku dalam menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu

Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai mengoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja

Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Di malam yang sunyi
Sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayang kasih dalam mimpiku
Menikam kalbu...

Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna sejak dari mula
Diriku yang tergoda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Terima Kasih kepada yang sudi memberi dan menumpangkan KASIH kepada diri ini walaupon untuk seketika tapi amat bermakna untuk diri ini..kenangan bersamamu akan ku abadikan selamanya dalam memori hati kerna hanya dikau yang berjaya menduduki carta hati ini..tiada lagi yang lain..walaupon aku telah kau lupakan tetapi kenangan saat kita bersama akan aku simpan sebaiknya..cukuplah sekadar kau mengingati kenangan itu...aku juga akan berusaha untuk pergi jauh dari dirimu agar rasa kasih itu tidak hadir lagi untuk kali keduanya cukuplah sekali aku merasainya dan cukuplah rasa bahagia itu hadir...semoga aku dapat kekuatan ini sehingga ke akhirnya dan Doaku semoga dikau berbahagia dan gembira dengan kehidupan mu kini..CUKUP CUKUP SUDAH...SAMPAI DISINI SAJA...

Khamis, 3 Januari 2013

FIRST DAY GOING TO SCHOOLLLLL....

salam dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog yang disayangi sekalian..dan belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua..maka berlalu la sudah tahun 2012 yang menyimpan banyak peristiwa, kenangan dan yang sewaktu dengannya...

hari ni nak cite pasal persekolahan anakanda ku Putri Andriana Batrisya...so..semalam 02 januari 2013 merupakan hari pertama persekolahan puteriku di SRJ(C) Poh Lan di Tangga Batu bertempat betul2 dihadapan rumahku...kakak a.k.a Putri telah aku daftarkan di Pra-Sekolah untuk menguasai Bahasa Cina Dan Inggeris selain Bahasa Melayu...

Hopefully anak aku akan berjaya untuk menguasai 3 Bahasa ini dimasa akan datang..at least ada juga bahasa laen yang dia mahir mudah-mudahan senang la juga kalo dia nak mencari kerja nanti tak la pandai bahasa melayu aje kan???

Semasa aku menghantar kakak ramai juga ibubapa melayu yang menghantar anak-anak ke sekolah cina nie..setakat ini sekolah ni oklah dari segi pencapaiannya..so jom layan pic yang aku sempat snap di pagi2 hari semalam...dengan semangat persekolahan yang berkobar-kobar...

smile...

comel tak???

adik pon nak sekolah juga...

bulatnyer mata kakak..kembangnyer idung dia...

tak sabar nak sekolah ni...

dah sampai pon sekolah...

jom perhimpunan pagi...

mana ye kakak nie???
oh...kak situ rupanya dia...
bye ibu kakak dah masuk kelas...
so..ibu bapa sekalian tak dibenarkan menunggu anak-anak didalam kawasan sekolah dan aku pon balik ajelah sementara menunggu dia balik jam 12tengahari..

sekian dolu citer untuk pembuakan tahun baru 2013 ini...

Ok Tak Blog Ini??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...