My EzyTopUp

Selasa, 23 Ogos 2016

TRAGEDI 23 OGOS 2016

Assalam...

Speechless...
kelu..
nothing to say..
tergamam..
sebak..
sedih...
everything's in my mind...

Pagi2 lgi mood dah hilang..nak salahkan sape ye....salahkan diri sendiri juga lah..sbb careless..jaga punya jaga si cantik orange akhirnya tercalar dan tersagat juga akibat kecuaian sendiri..kalut mengejar masa..

Hilang fokus nak buat kerja.. asik teringat pada yg satu tu...


Isnin, 22 Ogos 2016

SINDROM CUSHING (part 1)

i'm here to tell u and review about  Cushing Syndrom..hahaha speaking London lah plak pepagi kan...

Assalamualaikum..Salam Sejahtera..Salam 1Malaysia..

Selepas dikenal pasti punca sebenar darah tinggi aku yang tak terkawal dan peningkatan berat badan selama 2tahun ni adalah berpunca daripada kalenjar adrenal yang membesar lebih dari biasa tu mengakibatkan pengeluaran hormon kortisol yang tinggi dalam badan aku.. Jom kita review pasal Sindrom Cushing dan aku akan tandakan kesan yang aku sendiri alami ye...  

Sindrom Cushing

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Sindrom Cushing adalah sindrom yang disebabkan berbagai hal seperti obesiti , impaired glucose tolerance, tekanan darah tinggi , kencing manis dan disfungsi gonadal yang berakibat pada berlebihnya nisbah serum hormon kortisol .  

Nama penyakit ini diambil dari Harvey Cushing , seorang ahli bedah yang pertama kali mengenal pasti penyakit ini pada tahun 1912 .

Penyakit ini timbul apabila kelenjar adrenal pada tubuh terlalu banyak menghasilkan hormon kortisol , yang dikenali sebagai simtoma hiperkortisolisme. Hal ini dapat disebabkan oleh pengambilan ubat yang mengandungi kortikosteroid seperti medroksiprogesteron asetat yang biasa digunakan untuk pelbagai rawatan penyakit akut, atau penggunaan bahan perancang keluarga yang mengandungi estrogen seperti mestranol ,atau menjalani adrenalektomi yang biasanya mengakibatkan terjadinya adenoma pada kelenjar pituitari . simtoma ini juga boleh dicetuskan oleh ketidakseimbangan metabolik yang dikenali sebagai simtoma hiperadrenokortisisme, iaitu berlebihnya rembesan hormon ACTH akibat rangsangan berlebihan hormon CRH dan VP yang dirembeskan. 

Gejala sindrom Cushing antara lain:
  • berat badan naik, terutama di sekitar perut dan punggung bahagian atas; ( yes i'm )
  • keletihan yang berlebihan; ( yes i'm )
  • otot terasa lemah, terutamanya pada kawasan di sekitar bahu dan pinggul , gejala ini disebut miopati proksimal ; ( yes i'm )
  • muka membundar (moon face); ( yes i'm )

  • edema (bengkak) kaki; ( yes i'm )
  • tanda merah / pink pada kulit bahagian paha, punggung, dan perut;
  • kemurungan ;
  • tempoh haid pada wanita yang tidak teratur; ( yes i'm ) 



Okay see tak uolls..hampir kesemua tanda tu ada pada aku....maka benarlah aku salah seorng pengidap penyakit ni..puas aku google untuk dapatkan info dr rakan2 yang mengalami penyakit yang sama dengan aku di Malaysia ni tapi malangnya tak de pon ...sedih lah jugakan bile kita tak dapat nak kongsikan masalah serta kesan penyakit ni..sebabnya hanya yang mengalaminya yang merasai tahu rasa dan perasaannya...hopefully selepas ni adalahkan rakan2 yang boleh berkongsi rasa berkaitan Sindrom Cushing di Malaysia..Majoriti yang aku jumpa semuanya di luar negara...

Selasa, 16 Ogos 2016

KALENJAR ADRENAL

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia buat semua...

Selama 2tahun aku telah dipantau dengan pelbagai jenis ujian darah dan ubat untuk mengesan punca sebenar aku mendapat Darah Tinggi ni.. 

Pada tahun 2014 semasa aku di ward dan membuat ultrasound utk buah pinggang..didapati kalenjar adrenal sebelah kiri sedikit membesar dari kalenjar adrenal sebelah kanan, dr kata mungkin itu puncanya dan Darah Tinggi aku dikawal dengan ubat. Doktor juga mengarahkan aku supaya menurunkan berat badan yang semakin naik walaupun aku telah berusaha pelbagai cara untuk turunkan berat badan aku.

Januari 2016 selepas diarahkan, aku telah membuat ujian MRI dan keputusan menunjukkan yang kalenjar adrenal tu membesar lebih kurang 5cm dan doktor telah mengesahkan bahawa itu adalah punca sebenar kenapa darah aku naik dan berat badan naik selama 2tahun ni...... Jom kita review sikit tentang fungsi sebenar kalenjar adrenal dan akibat daripada pembesaran yang aku alami tu...

Fungsi Kelenjar Adrenal


Kelenjar adrenal berfungsi melepaskan berbagai hormon ke dalam tubuh. dua hormon penting yang dilepaskan kelenjar adrenal adalah kortisol dan adrenalin. Kelenjar adrenal juga berperanan memengaruhi organ reproduksi, berperanan dalam metabolisme, dan memproduksi tindak balas sistem saraf simpatik. Kelenjar adrenal terletak di atas buah pinggang yang terdiri atas dua bahagian iaitu medula dalam (inner medulla) dan korteks luar (outer cortex). Medula dalam menghasilkan epinefrin (adrenalin) sementara korteks luar menghasilkan kortisol.

Fungsi Kortisol
Kortisol adalah hormon steroid yang digunakan untuk mengembalikan keseimbangan badan sepanjang tempoh tekanan oleh sebab itu, kortisol disebut juga sebagai “hormon stress”. Kortisol bersifat antagonis terhadap insulin dan bertugas memecah lemak dan protein  peranan dalam mengawal badan dalam penggunaan zat . Kortisol boleh menyebabkan penambahan berat badan dalam dua keadaan. Pertama, kortisol memindahkan lemak dari hati ke otot-otot perut, dan kedua, kortisol meningkatkan nafsu makan.

Kesalahfahaman
Sebahagian orang berpendapat mempercepatkan pelepasan kortisol dapat menurunkan berat badan. Sebenarnya salah. Peningkatan berat badan tidak hanya disebabkan oleh kortisol.
Usaha penurunan berat badan harus diiringi dengan pemberian zat yang tepat, senaman yang teratur, cukup tidur, dan mengurangi gejala stress
Kesan Kortisol
Pengeluaran kortisol yang berpanjangan menyebabkan hipoglikemia dan boleh melemahkan sistem kekebalan tubuh. Kesan pada sistem kekebalan tubuh inilah yang menyebabkan kortisol digunakan untuk mengubati alahan akibat sistem Imiun (kekebalan) yang hiperaktif.

Fungsi Adrenalin
Lapisan luar (korteks) dari kelenjar adrenal menghasilkan kortisol, sedangkan lapisan dalam (medula) menghasilkan epinefrin yang juga dikenal sebagai adrenalin.
Epinefrin (adrenalin) bekerja dengan sistem saraf simpatik untuk meningkatkan denyut jantung. Adrenalin juga mendorong metabolisme karbohidrat.
Ketika sistem saraf pusat melihat adanya situasi berbahaya , adrenalin akan dilepaskan.
Adrenalin meningkatkan denyut jantung, melebarkan otot-otot kaki, dan meningkatkan gula darah dengan mendorong penggunaan glokos.
Peningkatan aliran darah dan tenaga mempertinkatkan pengiriman oksigen dan glukos ke otot dan otak.
Manafaat Adrenalin
Epinefrin (adrenalin) boleh digunakan untuk mengubati serangan jantung dan/atau disritmia jantung
Sumber diatas aku dapat dr Mr. Google...Itulah antara fungsi Kalenjar Adrenal dalam tubuh badan manusia..ada lagi beberapa fungsi yang kalenjar adrenal laksanakan boleh dibaca dr blog sha3622.blogspot.my 
 
 Setelah pelbagai ujian darah dibuat bermula dari tahun 2014 sehingga April 2016 akhirnya Dr. Tong menyatakan bahawa aku mengalami Sindrom Cushing..
next episod kita review tentang Sindrom Cushing dan kita tengok betul tak kesannya nyata pada aku..

Isnin, 15 Ogos 2016

Young Hypertension

Selama tidak bersiaran disini..aku telahpon mendapatkan rawatan di Hospital Besar Melaka kerana masalah Young Hypertension kalo dalam bahasa mudahnya Darah Tinggi, muda2 lg aku dh kena Darah Tinggi dan tak terkawal plak tu..Catatan bacaan darah tinggi tertinggi yg pernah melanda aku 220/123 dan ketika ni aku masih lgi boleh memandu kereta kesana kesini tanpa ada apa2 rasa dan tanda yang tdk menyenangkan...

Bile pergi check up di Klinik Kesihatan (KK) aku terus dihtr ke Hospital Besar Melaka dengan menaiki Ambulans..(tahun 2014-5kali , tahun 2015-2kali dapat naik ambulans) dan dimasukkan ke Zon Kuning untuk pemantauan. Bahaya juga sebenarnya bile ada penyakit Darah Tinggi ni aku jer yg selalu buat tak kisah..Doktor plak selalu jer nak marah kata aku ni tak makan ubat, sbb darah selalu aje naik padahal akulah org yg tak pernah culas makan ubat tu ..dan bile depan dia, aku makan ubat dan darah semakin naik..dia pon jd pening jugalah kan...lama jugalah aku disoalsiasat pasal ni..semenjak dari tahun 2014-2016 asik berulang alik ajelah ke hospital untuk rawatan dan asik keluar masuk hospital jer.. Hospital dah jadi macam rumah kedua ku...

Terima kasih yang tak terhingga buat opismate yang banyak membantu kerja aku sepanjang aku dimasukkan ke hospital...

itulah antara opismate yang banyak membantu..thanks uolls..love uolls so much...

Aku telah pun dipantau oleh Dr. Tong, Pakar Endokrin Hospital Melaka selama 2tahun, pelbagai jenis ubat darah tinggi telah aku makan..dari ubat yang biasa2 hingga ke ubat yang terhad pon pernah aku makan..






antara notes dan result semasa rawatan ngan Dr. Tong....sekian untuk hari ni

Jumaat, 12 Ogos 2016

Bismillahirrahmanirahim..
Assalamualaikum..
Selamat Pagi..
Salam 1Malaysia...





Alhamdulillah..setelah sekian lama tidak bersiaran dan menyepikan diri...akhirnya diri ini mempunyai kekuatan untuk memulakan bicara....semoga semangat untuk terus berblogger akan terus kuat... In Shaa Allah ...

Selasa, 15 Julai 2014

memories 2014

assalamualaikum dn salam sejahtera buat semua...



im back!!! wah agak lama gak aku telah menyepikn diri dan membiarkan blog ni terus bersawang dan bersawang akhirnya..

banyak betul perkara yang terjadi yg tak dapat nak dluahkn di dalam blog ni..dh terasa rindu sgt2 nak menaip dn meluahkn aPa yg bersarang dalam hati ni...

anak2 pon dh semakin membesar..perjalanan hidup ni pon byak dugaan dan rintangan..banyak juga impian dan azam tahun2 lepas yang tak berjaya dilaksanakan..kehidupan sebagai single mother  banyak memerlukan pengorbanan dan perjuangan demi masa sepan anak2...







aktiviti bersama2 anak ke playground ...



riadah ke Zoo Melaka...


 putri ngan aksi2 dan gaya ala2 model..macam comel jer..macam cantek jer...



majlis sambutan hari lahir aqeef kat taska.. just simple2 je..janji aqeef happy..








that's all for beginning..free update lg aktiviti terbaru with anak2.. banyak lagi ni nak story..

Khamis, 4 April 2013

DOAKU...






pic: sumber dari google

Ok Tak Blog Ini??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...