My EzyTopUp

Isnin, 15 Ogos 2016

Young Hypertension

Selama tidak bersiaran disini..aku telahpon mendapatkan rawatan di Hospital Besar Melaka kerana masalah Young Hypertension kalo dalam bahasa mudahnya Darah Tinggi, muda2 lg aku dh kena Darah Tinggi dan tak terkawal plak tu..Catatan bacaan darah tinggi tertinggi yg pernah melanda aku 220/123 dan ketika ni aku masih lgi boleh memandu kereta kesana kesini tanpa ada apa2 rasa dan tanda yang tdk menyenangkan...

Bile pergi check up di Klinik Kesihatan (KK) aku terus dihtr ke Hospital Besar Melaka dengan menaiki Ambulans..(tahun 2014-5kali , tahun 2015-2kali dapat naik ambulans) dan dimasukkan ke Zon Kuning untuk pemantauan. Bahaya juga sebenarnya bile ada penyakit Darah Tinggi ni aku jer yg selalu buat tak kisah..Doktor plak selalu jer nak marah kata aku ni tak makan ubat, sbb darah selalu aje naik padahal akulah org yg tak pernah culas makan ubat tu ..dan bile depan dia, aku makan ubat dan darah semakin naik..dia pon jd pening jugalah kan...lama jugalah aku disoalsiasat pasal ni..semenjak dari tahun 2014-2016 asik berulang alik ajelah ke hospital untuk rawatan dan asik keluar masuk hospital jer.. Hospital dah jadi macam rumah kedua ku...

Terima kasih yang tak terhingga buat opismate yang banyak membantu kerja aku sepanjang aku dimasukkan ke hospital...

itulah antara opismate yang banyak membantu..thanks uolls..love uolls so much...

Aku telah pun dipantau oleh Dr. Tong, Pakar Endokrin Hospital Melaka selama 2tahun, pelbagai jenis ubat darah tinggi telah aku makan..dari ubat yang biasa2 hingga ke ubat yang terhad pon pernah aku makan..






antara notes dan result semasa rawatan ngan Dr. Tong....sekian untuk hari ni

Tiada ulasan:

Ok Tak Blog Ini??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...