My EzyTopUp

Isnin, 22 Ogos 2016

SINDROM CUSHING (part 1)

i'm here to tell u and review about  Cushing Syndrom..hahaha speaking London lah plak pepagi kan...

Assalamualaikum..Salam Sejahtera..Salam 1Malaysia..

Selepas dikenal pasti punca sebenar darah tinggi aku yang tak terkawal dan peningkatan berat badan selama 2tahun ni adalah berpunca daripada kalenjar adrenal yang membesar lebih dari biasa tu mengakibatkan pengeluaran hormon kortisol yang tinggi dalam badan aku.. Jom kita review pasal Sindrom Cushing dan aku akan tandakan kesan yang aku sendiri alami ye...  

Sindrom Cushing

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Sindrom Cushing adalah sindrom yang disebabkan berbagai hal seperti obesiti , impaired glucose tolerance, tekanan darah tinggi , kencing manis dan disfungsi gonadal yang berakibat pada berlebihnya nisbah serum hormon kortisol .  

Nama penyakit ini diambil dari Harvey Cushing , seorang ahli bedah yang pertama kali mengenal pasti penyakit ini pada tahun 1912 .

Penyakit ini timbul apabila kelenjar adrenal pada tubuh terlalu banyak menghasilkan hormon kortisol , yang dikenali sebagai simtoma hiperkortisolisme. Hal ini dapat disebabkan oleh pengambilan ubat yang mengandungi kortikosteroid seperti medroksiprogesteron asetat yang biasa digunakan untuk pelbagai rawatan penyakit akut, atau penggunaan bahan perancang keluarga yang mengandungi estrogen seperti mestranol ,atau menjalani adrenalektomi yang biasanya mengakibatkan terjadinya adenoma pada kelenjar pituitari . simtoma ini juga boleh dicetuskan oleh ketidakseimbangan metabolik yang dikenali sebagai simtoma hiperadrenokortisisme, iaitu berlebihnya rembesan hormon ACTH akibat rangsangan berlebihan hormon CRH dan VP yang dirembeskan. 

Gejala sindrom Cushing antara lain:
  • berat badan naik, terutama di sekitar perut dan punggung bahagian atas; ( yes i'm )
  • keletihan yang berlebihan; ( yes i'm )
  • otot terasa lemah, terutamanya pada kawasan di sekitar bahu dan pinggul , gejala ini disebut miopati proksimal ; ( yes i'm )
  • muka membundar (moon face); ( yes i'm )

  • edema (bengkak) kaki; ( yes i'm )
  • tanda merah / pink pada kulit bahagian paha, punggung, dan perut;
  • kemurungan ;
  • tempoh haid pada wanita yang tidak teratur; ( yes i'm ) 



Okay see tak uolls..hampir kesemua tanda tu ada pada aku....maka benarlah aku salah seorng pengidap penyakit ni..puas aku google untuk dapatkan info dr rakan2 yang mengalami penyakit yang sama dengan aku di Malaysia ni tapi malangnya tak de pon ...sedih lah jugakan bile kita tak dapat nak kongsikan masalah serta kesan penyakit ni..sebabnya hanya yang mengalaminya yang merasai tahu rasa dan perasaannya...hopefully selepas ni adalahkan rakan2 yang boleh berkongsi rasa berkaitan Sindrom Cushing di Malaysia..Majoriti yang aku jumpa semuanya di luar negara...

Tiada ulasan:

Ok Tak Blog Ini??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...