My EzyTopUp

Isnin, 22 Ogos 2016

SINDROM CUSHING (part 2)

Sindrom Cushing..

 Selepas di exam dengan pelbagai ujian darah dan ubatan akhirnya keputusan untuk melakukan pembedahan untuk membuang kalenjar adrenal dibuat. Pembedahan  ini akan dibuat di Hospital Putrajaya kerana Hospital Melaka tiada kepakaran untuk pembedahan adrenal (endocrine). Surat rujukan dikeluarkan oleh Pakar dr Hospital Melaka untuk Miss Sarina salah seorang pakar bedah di Hospital Putrajaya. Temujanji dibuat pada 22.03.2016.

Maka bermulanya kisahku di Hospital Putrajaya pula.. pada 22.03.2016  (selasa) aku telah hadir ke sana untuk temujanji yang pertama.. berdebar2 perasaan yang ada...Mak..adik dan adik ipar yang ikut bersama... semasa perjumpaan bersama Miss Sarinah dia telah menerangkan secara details perihal penyakit dan pembedahan yg akn dilakukan oleh Miss Sarina.

Tarikh untuk pembedahan ditetapkan pd 05 Mei 2016 (Rabu) dan admited ward pd 03 Mei 2016 (Selasa).. tetapi pd 25 April 2016 (Isnin) aku dikehendaki hadir untuk sesi perjumpaan dengan Pakar Bius supaya aku lebih faham tentang risiko dan kesan semasa dan selapas pembedahan supaya aku juga boleh mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental. Aku difahamkan bahawasanya pembedahan ini akan dilakukan secara laparoscopy (kesan sakit yg lebih sedikit dan luka yg kecil) dan jika keadaan tidak mengizinkan pakar bedah akan membuat pembedahan secara terbuka (kesan luka yang lebih besar dan sakit berbanding laparoscopy).

will be continued...see u soon....

 

 





Tiada ulasan:

Ok Tak Blog Ini??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...