My EzyTopUp

Khamis, 27 September 2012

MAin Air....Masuk Air....

     selepas penat berjalan seharian pada hari sabtu..so, hari ahad tue kitaorg gie picnic kat pantai puteri aje..walaupon dalam keadaan mak yang tak berapa nak sihat tue..cian plak kat mak kena drip sampai 2botol air petang tue..nasib baek la ada nurse bidang terjun macam aku nie...hihihi..masuk bakul angkat sendiri...tak kan aku nak tinggalkan mak plak sensorang kt umah kn???so angkut ajelah mak kat tepi pantai tue..dapat gak dia tenangkan fikiran dan kurangkan sakit...






tengok tue kat tangan mak yang kena gantung....




Rabu, 26 September 2012

hari bertandang

     sabtu 22.9.2012 merupakan hari bertandang ke rumah pihak lelaki plak..so excited nak gie jenjalan ke Felda Pasoh 1, Negeri Sembilan...meriah sungguh perjalanan kami dan Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar dan selamat..

sebelum gerak ke Felda Pasoh 1..


dalam perjalanan ke destinasi...


 time break at Petronas Kuala Pilah..



 Antara deretan konvoi..

 di pintu masuk Felda Pasoh..

At rumah pihak lelaki..



 kemeriahan didalam kepanasan



   sekian dulu citer kita sempena majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki aka adik ipar di Felda Pasoh 1, Negeri Sembilan..

Jumaat, 21 September 2012

Resepi pilihan : Agar-agar pelangi..

hari ni nak bg resepi Agar-Agar Pelangi yang berjaya dihasilkan...jom tengak dan try resepi ni plak...

AGAR-AGAR PELANGI
Resepi asal : rozzan.blogspot.com

Bahan A
20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml air
6-8 helai daun pandan


Bahan B
20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)- saya gunakan 1 liter santan KARA + 725 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..1 sudu teh garam


Bahan C
Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci)
Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda


Cara-Cara:
1.      Masak Bahan A sehingga mendidih.
2.      Masak pula Bahan B sehingga mendidih.
3.      Tuang ke dalam loyang sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B).
4.      Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A).
5.      Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setitis dua pewarna pilihan anda.
6.      Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia sentiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
7.      Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.

Khamis, 20 September 2012

Agar-Agar Pelangi

Yuhuuuu...akhirnya berjaya juga aku menghasilkan agar-agar pelangi setelah sekian lama aku menyimpan resepi ku ini..alhamdulillah rasanya juga tak mengecewakan dan family pon puji sedap katanya dan mendapat idea untuk dijadikan sebagai hadiah sewaktu nak gie bertandang kat umah adik ipar this week.. terima kasih kepada yang menyumbangkan resepi ini ye rozzan.blogspot.com..nnt sy uploadkan resepinya..


tadaaa...inilah rupanya agar-agar pelangi



ni plak agar-agar yang telah keras dan boleh dipotong

ni plak lebihan agar-gar yang tak muat masuk bekas..
 okay la juga kan walau pon dapat masuk kan 3 layer aje kan???yang penting rasanya sedap...



Rabu, 19 September 2012

ALHAMDULILLAH...SEGALA-GALANYA SELESAI DAN SELAMAT

   salam dan selamat untuk semua..Alhamdulillah segala-galanya telah selamat dan selesai sudah..akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah berlalu dan berakhir buat kami yang penat menunggu dan membanting tenaga untuk menjaya majlis ini...
    Sebelum terlambat aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat adinda tercinta Yunidah dan pasangannya Fadhil@Ujang..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan dkurniakan rezeki dan anak yang comel2..
    jom kita layan pic yang sempat di snap sepanjang majlis berlangsung...tak sempat nak edit pon...


























































DJ pada hari berlangsung..



























Ok Tak Blog Ini??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...