My EzyTopUp

Isnin, 20 Februari 2012

PuDINg KAraMEL

Salam 1Malaysia semua...
monday morning + monday blues...mood keje baru datang sket aje..blom 100% fokus pada kerja pepagi nih..so, pembuka bicara pada hari ni adalah berkaitan dengan PUDING KARAMEL..dah lama sebenarnya nak try buat puding nih..aku memang suka giler makan puding nih..tapi tak reti nak buat...teringat sesangat masa aku dok kat putrajaya ada sorang member nih pandai buat puding nih...kak wani (jtksm)..memang best la puding dia..terbaek!!!

so, aku pon search la kat google resepi nih then, apalagi hujung minggu yang ada kelapangan ni aku pon try ah..masa mula2 buat putri kesayangan aku dok sibuk menolong..dalam aku kata jangan kacau apa2 dia dah pon masukkan tepung dalam adunanan aku..aku plak tambah lagi tepung so, akhirnya percubaan pertama aku gagal...tapi tak apa baru first time  la katakan...

finally, aku berjaya juga buat puding nih tanpa kehadiran putri n putra aku tue..buat sensorang dengan penuh khusyuk dan tekun..tapi aku tak sempat nak snap pict sebab kn upah handphone kalo tak nak bagi diaorang ganggu aku buat keje..

so, cuma pic yang dah siap dan telah selamat sampai kat ofis aje mampu aku amek..kesian kan??

inilah bekalan untuk santapan aku di pejabat hari ni..

puding Karamel pertamaku..

puding yang dah sedikit hancur disebabkan gegaran semasa perjalanan

ni plak side menu utk pg ni..bubur pulut hitam
jom la share resepi Puding kaRaMEL aku yang dah olah sedikit...

Puding Karamel :
bahan-bahan A (adunan)
5-6 biji telur (saiz sederhana aje)
sesudu teh asen vanila
setin susu cair
sesudu besar tepung jagung

bahan-bahan B(karamel)
secawan gula
secawan air

cara-cara :
utk menyediakan bahan B
1. masakkan gula sehingga berwarna keperangan
2. kemudian baru masukkan air dan dikacau sehingga sebati
3. sejukkan didalam loyang sementara kita menyediakan bahan A

utk menyediakan bahan A
1.blenderkan telur sehingga kembang
2.masukan susu cair dan blend seketika
3. masukkan asen vanila dan tepung jagung
4. sedia utk dimasukkan dalam loyang yang ada bahan B dan sedia utk dikukus
5. kukus selama lebih kurang 15-20 minit
6.setelah masak keluarkan dan sejukkan dalam peti sejuk...

sekian aje resepi utk hari ini..selamat mencuba..

Tiada ulasan:

Ok Tak Blog Ini??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...