My EzyTopUp

Khamis, 29 Mac 2012

Serunding Bilis IS Back!!!


Serunding Bilis is Back!!!kalo ada sape2 yang berminat nak order boleh contct saya ye..gaji baru tapi serunding tetap pada harga lama..


Rasa Sekali pasti nak lagi...

Rabu, 28 Mac 2012

PhotoScape lagi...

hmm..hari ini kita blajar lagi tentang photoScape yea..aku masih lagi try n error macam ane nak menghalusi lagi teknik dalam photoScape nih..jom tengok hasil dolu...




so macam ane hasilnya..agak2 aku ni dah bleh buka kedai edit gambar tak???

Jumaat, 23 Mac 2012

DOA..

Marilah kita bersama-sama membacakan Al-Fatihah dan Yassin kepada Akalili semoga dia cepat sembuh........3 hari yang lepas anak kepada Pn. Suhaida rakan sepejabat telah admit ke ward di hospital putra kerana demam dan pada 2 hari yang lepas anaknya telah dimasukkan ke ICU kerana otaknya telah membengkak..cepat sungguh virus ni merebak ke otak. kesian kepada Akalili coz dia seorg kanak-kanak yang sungguh keletah..mari la kita sama2 mendoakan kesihatan Akalili bertambah baik..dan kepada Pn. Suhaida semoga tabah menghadapi ujian yang mendatang.....

Khamis, 15 Mac 2012

Saya Budak Baru Belajar...

hmmm kenapa erk???hari ni aku terjumpa satu blog baru..ada menerangkan pasal photoscape....so, apalagi aku pon cuba2 la menggunakan photoscape nie...

antaramuka photoscape

nilah antara hasil yang dapat dibuat menggunakan photoscape..dan model2 untuk kali ini sape lagi kalo bukan anakanda kesayanganku...maaflah aku ni budak baru belajar so, masih lagi diperingkat permulaan pembelajaran...tapi hasilnya tak menghampakan..






thanks la kepada blogger photo4editor.blogspot.com kerna memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar ye..

Rabu, 14 Mac 2012

Sebelum Dan Selepas....

hari isnin 12.3.2012 petang sebaik sahaja kaki ku melangkah masuk ke rumah setelah penat bekerja seharian di pejabat..aku sungguh terkejut apabila anakku muhammad aqeef danish menjerit2 dan menunjukkan kepalanya yang telah dibotakkan oleh jiranku..ini semua gara-gara rambut dia yang halus dan panjang sedikit tue dah berpintal-pintal...so, mak aku pon dengan senang hatinya membawa adik ke rumah sebelah untuk mencukur rambut adik...nama glamor adik skang adik botak..
sebelum botak

selepas botak


ni plak aksi akak n adik sebelum dan selepas adik kena botak kepala...sebabnya sebelum kena botak adik lebih bersopan santun dan berbudi bahasa..cewahhh...tapi sebaik aje kepala adik jadi botak, perangai pon terus aje berubah menjadi budak yang hiperaktif....dan macam2 ragam...


sebelum : adik yang malu...
selepas : adik yang poyo....

Isnin, 12 Mac 2012

MusHROOm SOuP

Atas permintaan ramai iaitu rakan sekerja di pentadbiran..pagi isnin 12.03.2012 nak buat makan2 kecil-kecilan so, macam biasa la aku kena buat sup cendawan or mushroom soup..

jom kongsi resepi macam ane aku buat sup nih...senang aje...

bahan2:
2 labu bawang besar (cincang dadu)

bawang besar yang siap dicincang

2 sb planta (utk menumis)

planta

250g daging (cincang)
daging cincang


250g ayam (cincang)
ayam cincang


cendawan butang (dihiris)
cendawan butang


2 tin sup campbells
sup segera campbells...

lada sulah secukup rasa


cara2:

1. panaskan planta kemudian tumiskan bawang besar..
2. setelah naik bau masukkan daging dan hampir separuh masak masukkan ayam pula
3. setelah kedua2nya masak, masukkan cendawan butang dan biarkan seketika..
4. kemudian barulah dimasukkan sup campbells dan dikacau sehingga sebati..
5. masukkan air kedalam sup tadi kepekatan sup bolehla mengikut kesukaan kita sendiri
sup yang telah ditambah air

6.akhir sekali tambahkan lada sulah mengikut kesukaan kita ya..
7. boleh la dihidangkan semasa panas2..jom makan...
8. boleh dimakan besama roti juga...
roti ni aku beli aje...


menu tambahan untuk hari ni..

kuah kacang..

sambal ikan bilis

sambal ikan bilis dibuat oleh pn. atika
ketupat
ketupat oleh aku lah..


agar-agar
agar-agar oleh cik zubaidah


air teh tarik
akulah yang buat....
selamat menjamu selera kepada semua rakan-rakan di pentadbiran PKMD MT....sekian..

Jumaat, 9 Mac 2012

BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK PKMD MT

Salam semua...uiks..selama 2 hari ni PKMD MT telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik PKM MT pada 6-7 Mac 2012 di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka..

so, selama 2 hari berkampung di Seri Malaysia dengan aktiviti yang sarat dengan pelan tindakan dan strategik untuk PKMD MT...

skang ni adalah pembentangan dari setiap unit..jom kita layan dolu pic yang ada masa bengkel ni...

peserta bengkel terdiri daripada PKMD MT

rakan sekumpulan

Khamis, 1 Mac 2012

Aksi Kakak...

macam biasalah bila hujung minggu aje aku buat part-time mengandam...tapi bukan akulah yang mengandam..aku ikut aje..jd pembantu pak andam...cuma kali ni aku bawa anak aku kakak putri teman aku sebab tak ada orang nak jaga anak-anak aku..nasib baik la si adik aqeef mak aku boleh tolong jagakan...

time aku sibuk dok menolong pak andam apa lagi aktiviti anak aku kalo bukan bergambar...sementara nak menunggu pengantin nikah aku pon menolong la anak aku tue snap gmbar dia...

jom layan pic dia....




Ok Tak Blog Ini??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...