My EzyTopUp

Selasa, 31 Januari 2012

Busy SeSAngaTTTT!!!!

lama sudah tak update blog...taka da kesempatan betol dah 2 minggu nih... semua ini terjadi gara2 nak buat maklumbalas audit...huhuhu..nnt ble dah free baru la boleh nak cot cet cot cet bebanyak kat dalam blog...banyak juga perkara yang terjadi sepanjang dua(2) minggu  ni juga...tunggu ye..masa ini plak bos nak panggil...Ok la Saya Yang Menurut Perintah...(SYMP)

Rabu, 25 Januari 2012

AkTiViTi HujUNg MinGGu

Seronoknya bercuti sempena tahun baru cina minggu ni....mana taknya first time dapat bawa anak-anak gi mandi manda di Wonderland theme park melaka..kebetulan pula sedara dari pahang ada datang so, alang2 dah bawa diaorg jejalan melawat melaka ni..aku pon join samalah, dah alang2 jadi pemandu pelancong la katakan...

first day diaorg sampai aku dah bawa pi ronda2 kat bandar hilir...mula2 ingat nak naik taming sari tp org punyalah ramai tak jdlah nak naik..so atas permintaan ramai yang nak naik beca maka ber'beca' la aku pada hari tue...jom kita layan pic atas beca dulu..

putri : posing dulu sebelum gie jejalan...

putri & aqeef atas beca

damia pon ada juga...
oleh sebab keletihan kena dukung kakak n adik sepanjang hari ini ajelah yang sempat aku amek gambar diaorg..tetiba plak bebudak 2 org ni meragam nak berdukung...macam nak patah pinggang aku dibuatnya..

second day, aku bawa plak diaorg gie wonderland theme park..perghhh letih betol sehari kat sana main air..

putri n damia : dalam van otw nak gie wondeland

aqeef : syoknya main air...


aqeef : puas main air nak main lagi mainan lain..


putri, aqeef n damia...

setakat ini sahaja entry ni tok hari ini ye..esok kita continue lagi xtvt yang dijalankan di wonderland sempena cuti tahun baru cina....

Isnin, 23 Januari 2012

SeLAmat tahun Baru CIna....

Happy Chinese New Year @ Selamat Tahun Baru Cina buat semua pembaca blog yang berketurunan Cina..dan semua Rakyat Malaysia..Kitakan 1Malaysia..so semua perayaan kita raikan bersama-sama..

Khas buat Kak Ai Lin maaf la tak ada gambar kak Ai Lin nak di uploadkan...selamat bercuti dan beraya yea...jumpa lagi selepas tahun baru cina nanti...

dengarkan pantun ini :

cina sambut tahun baru
tahun hebat naga berapi
kaum lain dan juga melayu
tumpang meriah turut cuti...

*pantun ini dipetik dari tehramuan.com

Sabtu, 21 Januari 2012

NoVEL BarU

Inilah akibat dari pengaruh drama bersiri yang tengah hangat di TV3...Gemersik Kalbu...akibatnya aku telah pon membeli 2 naskah novel untuk dijadikan koleksi tahun 2012..

Raihana...Sufian....dimanakah titik pertemuan mereka??
Didi & SyafiziPesan orang tua, jangan terlalu membenci bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang...
novel baru yang akan menjadi peneman di sepanjang minggu cuti tahun baru cina 2012...mampukah aku menghabiskan pembacaan ku ini???cabaran sungguh..

Jumaat, 20 Januari 2012

Murtabak Maggi

Atas permintaan ibu mengandung.Pn.Nurul Atikah..aku gagahi jua bangun seawal jam 5.30pg untuk membuat MuRTabak MaGGi...


Pn. Nurul Atikah
ni antara pic yang sempat di ambil semasa proses menyiapkan mURtaBAak MaggI di subuh hari..



Bahan A: bawang besar, daun sup, daun bawang dan cili merah (cincang)  
telur yang telah di campurkan dengan Bahan2 A

Maggi yang telah siap direndam dalam air panas

inilah rupanya Murtabak Maggi yang telah siap


murtabak maggi yang telah dipotong kecil



kawan-kawan kata sedap..thanks ya..walaupun rupanya tak berapa cantik..

Khamis, 19 Januari 2012

AkTiViTi HujUNg MinGGu

Last week..kami sekeluarga telah pergi ke Pantai Klebang 1Malaysia...syok nya anak-anak bila dapat berjalan terutamanya si adik muhammad aqeef danish...ni aje yang sempat diambil..
adik n kuda
best nya adik dapat naik kuda..tak takut langsung..tak macam kakak turun pon tak nak asyik nangis aje bila disuruh sentuh kuda...so, gmbr kakak tak adalah..sebab dia meragam menangis..

Rabu, 18 Januari 2012

Hari ini dalam Sejarah..

first entry untok tahun 2012 ni..Hari InI DALam Sejarah..
Bertarikh : 17 Januari 2012
Bertempat : Dewan Seri Negeri Melaka
Tajuk : Seminar 750 TaHUn MELAKA MeREnTAS ZAmAN

merupakan seminar yang pertama aku berjaya hadiri untuk permulaan tahun 2012..satu permulaan yang baik untuk diri aku kerana awal2 tahun lagi dah gie seminar@kursus. Tahniah untuk diri aku sendiri...
inilah dia pic yang sempat aku snap waktu sebelum seminar

Aku sendiri tak menyangka yang aku berjaya mendengar ceramah @ pembentangan kertas kerja mengenai sejarah ni..walaupon pada dasarnya nilah subjek yang paling aku tak minat masa zaman sekolah dulu..apakan daya dah semangat tok mengetahui tentang sejarah Melaka yakni Negeri tanah tumpah Darahku..akhirnya aku berjaya juga menghabiskan sesi seminar 750 tahun melaka merentas zaman.

Kalo nak tahu rupa2nya melaka telah wujud dari tahun 1262 dan pada tahun 2012 ni genapla Melaka 750 kewujudannya..dan sepertimana yang tertulis dalam buku2 teks yang kita baca iaitu pada tahun 1400 masih lagi diguna pakai..untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai penubuhan dan kewujudan melaka 750 tahun yang lalu boleh la merujuk kepada IKSEP (Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia)

Secara keseluruhannya seminar yang aku pergi ini pengisiannya memang padat dan tak mencukupi masa yang  sepatutnya dan harap pihak penganjur boleh perbaiki lagi untuk masa yang akan datang.cara penyampaian plak ada masa ok dan ada kala bosan biasalahkan nama pon sejarah ...
keadaan lepas lunch

keadaan dewan yang kosong dan lengang di merata-rata selepas lunch..yang ada pon sebilangan dari pelajar2 sekolah dan ipt yang 'terpaksa' tunggu juga sebab datang dengan bas...dan akulah antara yang tinggal bersama2 kengkawan yang paksa rela mendengar pembentangan yang terakhir tue..antaranya..kak fida, kak nisah, cc noraini, kak mimah, kak rehan dan juga abg syam..maaf la gambar kengkawan tak sempat nak snap..

Ok Tak Blog Ini??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...