My EzyTopUp

Isnin, 7 Januari 2013

Terima Kasih Pada Yang Sudi...

Alhamdulillah... Akhirnya aku dah dapat jawapan kepada semua persoalan yang bermain-main dihati sejak kebelakangan nie..Terima Kasih Ya Allah kerana memberi aku petunjuk kepada semua persoalan yang bermain-main dihati dan juga difikiran ini..

walaupon sukar untuk aku membuat keputusan ini akan ku melaksanakannya..biar sesusah mana pun untuk aku hadapi ujian ini tetap akan aku gagahi juga..

Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku dalam menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu

Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai mengoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja

Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Di malam yang sunyi
Sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayang kasih dalam mimpiku
Menikam kalbu...

Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna sejak dari mula
Diriku yang tergoda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Terima Kasih kepada yang sudi memberi dan menumpangkan KASIH kepada diri ini walaupon untuk seketika tapi amat bermakna untuk diri ini..kenangan bersamamu akan ku abadikan selamanya dalam memori hati kerna hanya dikau yang berjaya menduduki carta hati ini..tiada lagi yang lain..walaupon aku telah kau lupakan tetapi kenangan saat kita bersama akan aku simpan sebaiknya..cukuplah sekadar kau mengingati kenangan itu...aku juga akan berusaha untuk pergi jauh dari dirimu agar rasa kasih itu tidak hadir lagi untuk kali keduanya cukuplah sekali aku merasainya dan cukuplah rasa bahagia itu hadir...semoga aku dapat kekuatan ini sehingga ke akhirnya dan Doaku semoga dikau berbahagia dan gembira dengan kehidupan mu kini..CUKUP CUKUP SUDAH...SAMPAI DISINI SAJA...

Khamis, 3 Januari 2013

FIRST DAY GOING TO SCHOOLLLLL....

salam dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog yang disayangi sekalian..dan belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua..maka berlalu la sudah tahun 2012 yang menyimpan banyak peristiwa, kenangan dan yang sewaktu dengannya...

hari ni nak cite pasal persekolahan anakanda ku Putri Andriana Batrisya...so..semalam 02 januari 2013 merupakan hari pertama persekolahan puteriku di SRJ(C) Poh Lan di Tangga Batu bertempat betul2 dihadapan rumahku...kakak a.k.a Putri telah aku daftarkan di Pra-Sekolah untuk menguasai Bahasa Cina Dan Inggeris selain Bahasa Melayu...

Hopefully anak aku akan berjaya untuk menguasai 3 Bahasa ini dimasa akan datang..at least ada juga bahasa laen yang dia mahir mudah-mudahan senang la juga kalo dia nak mencari kerja nanti tak la pandai bahasa melayu aje kan???

Semasa aku menghantar kakak ramai juga ibubapa melayu yang menghantar anak-anak ke sekolah cina nie..setakat ini sekolah ni oklah dari segi pencapaiannya..so jom layan pic yang aku sempat snap di pagi2 hari semalam...dengan semangat persekolahan yang berkobar-kobar...

smile...

comel tak???

adik pon nak sekolah juga...

bulatnyer mata kakak..kembangnyer idung dia...

tak sabar nak sekolah ni...

dah sampai pon sekolah...

jom perhimpunan pagi...

mana ye kakak nie???
oh...kak situ rupanya dia...
bye ibu kakak dah masuk kelas...
so..ibu bapa sekalian tak dibenarkan menunggu anak-anak didalam kawasan sekolah dan aku pon balik ajelah sementara menunggu dia balik jam 12tengahari..

sekian dolu citer untuk pembuakan tahun baru 2013 ini...

Ok Tak Blog Ini??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...