My EzyTopUp

Selasa, 31 Julai 2012

Resepi Roti Sosej

semalam dah cerita pasal roti sosej yang aku buat sendiri kan???so hari nie nak share resepi yang di ambil oleh cik zue dari CMG..tp resepi ni aku dah ubah sedikit ikut keperluan yang ada didapur aku ye..dan sape2 yg nak tgk cara2 mcm ane nak buat roti ni bleh la rujuk blog CMG...sbb aku lupa nak snap pic masa ngah proses pembuatan roti nih...

Roti Sosej @ Sosej Blossom Bun


Sumber : CMG Dapur Tanpa Sempadan

Bahan - Bahan :
sosej ayam ikut keperluan (direbus dan ditoskan)
mix vege
sos cili
mayonis

(bahan A)
250g Tepung Roti
150ml Susu Segar
1sd teh bread improver
1sd teh bread softener
2sd besar marjerin
2sd besar gula halus@ gula kastor
sedikit garam

(bahan B)
6g yis
50ml air suam

Cara-caranya :
1. bancuh bahan B sementara tunggu yis naik membuih satukan kesemua bahan A dan di uli sebati..
2. selepas itu masukkan bahan B ke dalam bekas yang berisi bahan A tadi dan uli sehingga sebati dan kenyal dan boleh membentuk doh
3. perap doh selama 30minit didalm bekas yang telah ditutupi plastik
4.keluarkan doh dan tumbuk doh untuk keluarkan angin dan udara yang ada didalam doh dan bahagikan doh kepada beberapa bahagian lebih kurang 50g setiap bahagian dan gelek doh sehingga boleh menutupi sosej td.potong roti td kepada 8bahagian tp jangan sampai terputus buat sehingga siap kesemuanya.



5.biarkan roti yang sudah siap dibuat bunga lebihkurang 30minit sehingga roti kembang semula.
6.taburkan miz vege, sos cili dan mayonis ikut kesukaan kita..
7. bakar selama 20-25minit pada suhu 190celcius
8. sedia untuk dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan



*roti sosej ni akan tetap lembut dan sedap sehingga keesokan harinya so tak rugi kita mencubanya...


Isnin, 30 Julai 2012

Juadah Berbuka Puasa Hari ke-9

     Salam semua..buat pertama kalinya setelah umat Islam berpuasa selama 8hari..inilah kali pertama juadah berbuka puasa di rumah aku terdapat pelbagai variasi..ni pun sebab adik aku yang dok KL balik sejak bulan Puasa ni..so bila ada ramai skit baru la best nak masak2 kan...
     Tanpa membuang masa jom layan ajelah menu ape erk yang meriah sangat kat meja umah aku kan???

roti sosej homemade by aku...

ikan 3rasa by mak

kupang berlada by mak

sayur campur by nyonye

mee goreng by maklang

bubur lambuk by Masjid Tangga Batu Pekan

Fruit Cocktail by nyonye

cempedak goreng by mak
menu lain yang ada...murtabak yg dibeli oleh wan, air oren dan air kopi...banyak kan menu kitaorang?biasanya umah aku ni cuma ada sejenis lauk aje..sebabnya orang yang ada kat umah aku ni tak makan banyak nnt takut membazir plak kalo masak banyak2 kan.....dan aku cuma wat roti sosej aje...yang lain sume mak n adik aku yang masak...next entry aku taruk resepi wat roti sosej tue ye...

Go go Green!!!

     Walaupun citer ni dah berlalu pada Jumaat (27.7.12) yang lepas tp jom layan ajelah pic khas untuk Staff yang bertemakan HIJAU @ Go GO Green!!!!

Staff PKMD Melaka Tengah
Penyeri Di Pentadbiran



Cik Zue

Pn. Atiqah

Aku pun nak juga....

Khamis, 26 Julai 2012

BeSt WasH!!!!

Salam Ramadhan buat semua umat Islam di seluruh DuniA...

     Besh Wash???apa erk agak2nya....hari ni nak wat promosi pasal sabun pencuci jenama Besh Wash..sabun ni sangat halus dan larut dalam air dalam masa sesaat aje...mampu membersihkan segala kekotoran dan bertindak sebagai detergen dan juga pelembut kain..mempunyai tekstur yang halus dan tidak merosakkan tangan bagi yang memcuci tangan dan juga mampu memelihara mesin basuh kita daripada karat...

   
    Kenapa yer mesti pilih sabun ni untuk kegunaan harian???jawapannya kerana harga yang sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua orang..dan juga sangat berkualiti dan selamat untuk cucian pakaian dan juga untuk mencuci kereta..sabun ni juga sesuai untuk cucian pakaian bayi dan kanak yang penting HALAL...pendek kata sabun Best Wash ni memang Superb!!!
   

     Sebagai testimoni saya sendiri dah mencuba untuk merendam pakaian selama beberapa hari dan hasilnya baju kita tidak berbau busuk dan masam..dan saya juga cuba untuk membasuh pakaian dan tidak menjemur pakaian yang telah dibasuh selama beberapa hari dan hasilnya juga pakaian kita tidak berbau dan masih harum..Tak Percaya???cubalah sendiri..


Untuk tempahan dan membeli sabun boleh hubungi saya terus di talian 017-2685098...

Selasa, 24 Julai 2012

Popia Oh Popia

     Alhamdulillah Ramadhan tahun nie, awal2 lagi dah dapat tempahan popia simpul kasih sebanyak 50kg..rezeki bulan pose la orang kata..tapi yang tak laratnya nak membuatnya..kekangan masa dan tak ada kakitangan yang menjadi masalah utama...tempahan sebanyak 20kg hendak dihantar kepada customer pada hari juga dan selebihnya pada pada hari jumaat..huhuuuuuu...

     walaubagaimanapun tempahan masih lagi dibuka kepada rakan-rakan yang berminat..boleh la email or call untuk pertanyaan dan tempahan...

antara kuih muih yang dibuat untuk tempahan adalah :-

POPIA SIMPUL KASIH




SRI MAZOLA


TEMPEYEK (PELBAGAI JENIS KACANG)




SERUNDING BILIS



CORNFLAKES MADU


   So, itu adalah diantara kuih muih yang telah mendapat tempahan dan terdapat juga biskut moden seperti almond london, sarang semut, dll tempahan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia.TQ



Sabtu, 21 Julai 2012

Aktivti Di Bulan Ramadan

     untuk mengisi kekosongan masa di bulan puasa ini aku telah pon memilih jalan untuk menjahit manik di baju-baju yang akan dipakai sepanjang bulan syawal nanti..kalo ikutkan masa bulan puasa ni padat buat aku yang membuat dan menjual kuih untuk raya ni tp tetap ku gagahi jua tok menjahit manik sebagai aktiviti tambahan biarpon sebenarnya my mum dah bising sebab dia takut nanti aku penat yelah mana masa nak buat kuih dan menjahit pulak..menjahit ni pon suka-suka aje..

     so, sebagai permulaannya aku telah pon belajar menjahit manik pada baju aku sendiri la kan....cara belajar pon sendiri jugakla ..walaupon jahitan aku kurang memuaskan hati at least okay la buat aku yang masih baru belajar ni..

    jom ikut aku layan pic aku jahit manik nie..


inilah baju aku untuk perayaan ini..aku beli baju plain aje..


dan inilah bahagian baju yang akan aku jahitkan dengan manik-manik ...

dan ini pula hasil jahitan aku aku yang pertama..

aku close up sket gambar bunga kenanga yang telah pon tersemat di lengan baju aku...



    akhirnya siap juga bunga-bunga kenanga untuk sebelah lengan baju ku ini dan akan aku penuhi dengan manik-manik yang berwarna-warni ye..tunggu dan saksikan kesudahan lengan baju yang akan aku siapkan pada bulan puasa ni..
    
     kepada rakan blogger yang sudi beri komen dan cadangan paten yang menarik untuk aku siapkan jahitan ni sila-sila kan ye..boleh kongsi ilmu...

TunGGu kesudahan dan hasil jahitan ku ini ye adakah aku mempunyai tangan yang berseni atau tak kenalah TUnggUUUU....


Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadhan....Sekali Lagi..





Salam dan Ucap Selamat buat semua pembaca blog ku ini...Alhamdulillah dapat juga aku menyempurnakan Rukun Islam kita yang ke-3 iaitu Berpuasa pada Bulan Ramadan sepertimana firman Allah s.w.t yang menyuruh manusia mentaati suruhanNya yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu
dikesempatan ini ingin aku mengucapkan selamat Berpuasa buat Umat Islam seluruh dunia dan buat teman-teman seperjuangan lebihkan amal di bulan yang Mulia ini ye..

Sekian dulu untuk kali ini sampai bertemu lagi ye..

Ok Tak Blog Ini??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...